PROTOKOL
- Maksud protokol adalah panduan yang menentukan bagaimana sesuatu aktiviti patut dilakukan.
KEPENTINGAN PROTOKOL
- Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan.
- Menjaga sensitiviti dan perasaan.
- Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis.
- Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorang VIP.
ETIKA SOSIAL
- Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam.
- Etika adalah suatu aturan yang dicipta dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan orang lain agar terjalin komunikasi yang baik dan akrab.
KEPENTINGAN ETIKA SOSIAL
- Mengambarkan betapa murni baiknya tatacara manusia.
- Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di dalam majlis.
- Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis.
- Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur majlis.
TATASUSILA DAN KELAKUAN DALAM MAJLIS ILMU
- Memberi salam ketika masuk majlis dan setiap kali berjumpa tetamu.
- Berjabat tangan orang yang ditemui di dalam majlis.
- Duduk ditempat yang telah dikhaskan.
- Tidak duduk ditengah-tengah para tetamu (jika para tetamu berada dalam keadaan bulatan).
- Dilarang duduk diantara dua orang (tempat duduk yang kosong) kecuali dengan izin keduanya.
- Mencium tangan tetamu yang lebih tua ketika berjabat tangan.
- Menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu.
- Menyediakan keutamaan tempat duduk berdasarkan kepada orang yang lebih tua.
No comments:
Post a Comment